Jawa adalah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa.
Pulau Jawa di Indonesia, kawasan 132,000 km persegi, mempunyai 114 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 864 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).
Isi kandungan |
Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibukota:
Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatra di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan adalah Pulau Krismas, "Christmas Island".
Jawa hampir keseluruhannya berasal dari gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang dari tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan mereka merupakan gunung berapi yang pernah aktif. Lihat gunung berapi Jawa.
Ibu negara Indonesia, Jakarta terletak di Jawa. Pusat kebudayaan pulau Jawa adalah bandar Yogyakarta. Borobudur merupakan binaan Buddha berbentuk piramid yang terletak berhampiran Yogjakarta.
stock | retire | vm
Why are we here?
All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License
This page is cache of Wikipedia. History