| Repúbliká ng̃ Pilipinas Republik Filipina |
||||
|---|---|---|---|---|
|
|
||||
| Cogan kata: Maka-Diyos, Makatao, Makakalikasan, at Makabansa (terjemahan: "Untuk Tuhan, Rakyat, Alam Semulajadi, dan Negara") |
||||
| Lagu: Lupang Hinirang ("Tanah Terpilih") |
||||
| Ibu negara | Manila 14°35′N 121°0′E / 14.583°N 121°E / 14.583; 121 |
|||
| Bandar raya terbesar | Bandar Quezon | |||
| Bahasa rasmi | Bahasa Filipina dan Bahasa Inggeris* | |||
| Kerajaan | Republik | |||
| - | Presiden | Gloria Macapagal-Arroyo | ||
| - | Naib Presiden | Noli de Castro | ||
| - | Senat Filipina | Manuel Villar | ||
| - | Speaker Dewan | Jose De Venecia | ||
| - | Ketua Hakim | Reynato Puno | ||
| Kemerdekaan | daripada Sepanyol dan A.S. | |||
| - | Diisytiharkan | 12 Jun 1898 | ||
| - | Pemerintahan sendiri | 24 Mac 1934 | ||
| - | Diiktiraf | 4 Julai 1946 | ||
| - | Perlembagaan terkini | 2 Februari 1987 | ||
| - | Air (%) | 0.6 | ||
| Penduduk | ||||
| - | Anggaran 2006 | 85,236,913 (12) | ||
| - | Banci 2000 | 76,504,077 | ||
| KDNK (PPP) | Anggaran 2005 | |||
| - | Jumlah | $451 billion (25) | ||
| - | Per kapita | $4,923 (102) | ||
| KDNK (nominal) | Anggaran 2005 | |||
| - | Jumlah | $98,731 billion (51) | ||
| - | Per kapita | $1,168 (120) | ||
| HDI (2006) | 0.763 (sederhana) (84) | |||
| Mata wang | Peso Filipina (piso) (PHP) |
|||
| Zon waktu | PST (UTC+8) | |||
| Internet TLD | .ph | |||
| Kod panggilan | +63 | |||
| * Bahasa Cebu, Bahasa Ilokano, Bahasa Hiligaynon, Bahasa Bikol, Bahasa Waray-Waray, Bahasa Kapampangan, Bahasa Pangasinan, Bahasa Kinaray-a, Bahasa Maranao, Bahasa Maguindanao, Bahasa Tagalog, Bahasa Tausug ialah bahasa rasmi bagi daerah masing-masing. Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan dan sukarela. | ||||
Republik Filipina atau Philippines merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh Sepanyol dan Amerika Syarikat yang kuat memandangkan negara ini telah dijajah selama empat abad oleh kuasa tersebut. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut Kristian.
Dahulu, Filipina merupakan sebuah negara paling maju di Asia Tenggara, tetapi ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonomi merosot dan penyelewengan berluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.
Masalah yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan masyarakat Mindanao untuk berpisah daripada Filipina, ancaman komunis di utara, dan kerosakan alam sekitar disebabkan pencemaran dan sebagainya.
Isi kandungan |
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Filipina
Negara ini mendapat nama Philippines selepas diperintah oleh pemerintah Sepanyol, Raja Philip II.
Filipina mempunyai kerajaan berbentuk kesatuan berpresiden, dengan Presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak, selain merupakan panglima besar angkatan tentera. Presiden dipilih melalui undian popular untuk enam tahun, dan bebas untuk melantik dan mengetuai kabinet sendiri [1].
Kongres dwidewan Filipina terdiri dari Senat (dewan atas) dan Dewan Perwakilan Filipina (dewan bawah). Kuasa kehakiman pula terletak di bawah Mahkamah Agung, yang terdiri dari Hakim Besar dan empat belas hakim lain, semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Peguam dan Kehakiman [1].
Filipina merupakan salah satu pengasas dan ahli aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain ahli pengasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Filipina juga merupakan ahli Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kesatuan Latin dan G24. Negara ini juga merupakan sekutu bukan-NATO utama A.S. dan pada masa yang sama merupakan ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) [1].
Filipina terlibat dalam pertikaian rumit mengenai Kepulauan Spratly dan Beting Scarborough. Ia begitu juga mendakwa berhak ke atas Sabah, sebagai sebahagian Kesultanan Sulu [2].
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Filipina
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Filipina
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Filipina
Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya. Ia diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao, Filipina, dan berada di ketinggian sehingga 5,000 kaki dari aras laut. Keluasannya mencukupi 4,000 batu persegi serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan jentera. Ia diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO(United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization) pada tahun 1995.
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Filipina
Filipina mempunyai kira-kira 85 juta penduduk mengikut perangkaan banci 2005.
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Filipina
Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Tarian buluh ini memerlukan pergerakan kaki yang pantas.
Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat tanglung berbentuk bintang yang digantung di hadapan rumah. Kalau anda ingin tahu, itulah Parol namanya. Semasa Krismas, kebanyakan masyarakat di sana gemar menjadikan parol sebagai hiasan rumah mereka.
Organ buluh ini menggunakan lebih kurang 1,000 batang buluh.
Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina
Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi nangka, kelapa, kacang, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan ais bersama aiskrim di atasnya.
Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.
Untuk rencana lanjutan, lihat Pengangkutan di Filipina
Di Filipina, masyarakatnya menggunakan jeepney sebagai pengangkutan awam. Anda pasti akan berasa rimas apabila menaiki kenderaan ini. Mana tidaknya, setiap kali menaiki jeepney pasti sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk turut sama menaikinya.
Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina
Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.
Koordinat: 14°35° N 121°0° ERalat ungkapan: Aksara tanda baca "�" tidak dikenali
|
|
|
|---|---|
| Brunei • Kemboja • Indonesia • Laos • Malaysia • Myanmar • Filipina • Singapura • Thailand • Vietnam |
|
|
|
|---|---|
| Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · Republik China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor Leste4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|
Ralat petik: <ref> teg wujud, tetapi tiada teg <rujukan/> dijumpai
stock | retire | vm
Why are we here?
All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License
This page is cache of Wikipedia. History