Borneo merupakan pulau terbesar di Asia Tenggara dan ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei, Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan). Ia diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Sebelum Perang Dunia II, Borneo secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan. Sebahagian kecil kawasan Borneo masih dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.
Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo namun begitu ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila. Walaupun usaha tidak mendatangkan buah namun jelas keberanian dan pengorbanan pada tanahair tetap bersemarak di kalbu setiap pejuang. Ini menggambarkan satu kualiti dan simbol kebanggaan selamanya.
stock | retire | vm
Why are we here?
All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License
This page is cache of Wikipedia. History